Tuesday, 22 May 2018

INFO PENUH BERKAITAN HIV DAN AIDS

APA ITU HIV?

HIV adalah singkatan kepada perkataan Human Immunodeficiency Virus, dan HIV ini menyerang sistem pertahanan badan manusia serta akan mendedahkan seseorang kepada AIDS.
Terdapat empat perkara yang perlu di ambil tahu berkaitan HIV ini iaitu:
  • HIV ini hanya menyerang manusia saja 
  • Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV
  • Boleh diuji dengan Ujian Antibodi HIV 
  • Virus yang boleh menyebabkan AIDS

APA ITU AIDS?

AIDS pula adalah singkatan kepada perkataan Acquired Immune Deficiency Syndrome, AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV. 

Jika di terjemahkan nama Acquired Immune Deficiency Syndrome ini ke bahasa Malaysia, ia bermaksud:
  • Acquired     -  Tidak diwarisi
  • Immune      -  Sistem pertahanan badan manusia
  • Deficiency  -  Menjadi lemah
  • Syndrome   -  Kumpulan penyakit
 

APAKAH PERBEZAAN ANTARA HIV DAN AIDS?

HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV.

Dengan rawatan, people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya mengidap AIDS. AIDS cuma sebagai satu indicator terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan.
 

BAGAIMANA HIV DAN AIDS BERJANGKIT?

Terdapat tiga cara bagaimana penyakit ini berjangkit iaitu:
1- Melakukan hubungan seks tanpa kondom dengan seseorang yang sudah di jangkiti
2- Berkongsi jarum suntikan yang telah tercemar dengan virus HIV
3- Dari ibu yang telah di jangkiti kepada anaknya ketika di dalam kandungan, sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusu badan.

Terdapat juga cara-cara jangkitan yang lain iaitu pemindahan darah, permindahan organ dan kecederaan akibat jarum suntikan.

HIV BERADA DI DALAM CECAIR BADAN
Kuman HIV ini berada di dalam badan manusia tetapi bukan pada organ luaran sebaliknya pada 'cecair' yang ada di dalam tubuh manusia tersebut. Cecair yang di maksudkan ini adalah :
  • darah
  • air mani
  • air mazi
  • cecair faraj
  • susu ibu 
Kerana itu, virus HIV ini tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah apabila terkena oksigen atau matahari.


BOLEHKAH PESAKIT HIV DI KENALI DENGAN MATA KASAR?

Tidak! Pesakit HIV tampak normal sama seperti orang biasa. Kerana itu penyakit ini hanya boleh di kesan setelah melakukan saringan darah. Kerana itu orang ramai di nasihatkan supaya melakukan ujian saringan darah dulu sebelum berkahwin supaya dapat mengelakkan perkara lain yang tidak sepatutnya. 

BOLEHKAH HIV INI BERJANGKIT MELALUI CIUMAN MULUT?

HIV dari darah boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka/rekahan/ulser di dalam rongga mulut tetapi sehingga kini tiada kes jangkitan dilaporkan.

BOLEHKAH HIV INI BERJANGKIT MELALUI DERMA DARAH?

Peratus kemungkinan jangkitan adalah rendah kerana Peralatan pakaibuang yang digunakan adalah sucihama (sterile). Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan disyaki ada HIV atau telah melakukan hubungan seks tanpa kondom

INGAT! HIV TIDAK BOLEH BERJANGKIT MELALUI...

  • Gigitan nyamuk (atau pun dari mana-mana haiwan yang lain)
  • Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau pun tandas awam
  • Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun sukan dengan mereka yang positif.


No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??