Sunday, 20 May 2018

JANGAN PANDANG SERONG TERHADAP LELAKI RAMBUT PANJANG

AbangRock mengaku, pergi mana-mana mesti akan ada yang pandang semula tengok abang Rock ni. Nak kata sebab abang ni hensem memang tak lah.. abang mengaku abang ni biasa ja. tipikal lelaki melayu yang kulit gelap hahaha... cumanya, abang rock tau depa akan kalih balik di sebabkan rambut abang rock ni.




Sebenarnya, abang rock bukannya tak pernah langsung berambut pendek. Sebagai contoh, masa abang rock di sekolah dan IPT... mestilah abang rock kena rambut pendek. Lepas tu masuk alam kerja terus start rambut panjang balik. Nak kata sebab seronok tak juga sebabnya bukan mudah juga nak jaga, tapi memang abang rock selesa macam ni. Kalau rambut pendek tu rasa kekok sangat-sangat. 

Tapi.... masa akad nikah ngan cik isteri, abang rock korbankan rambut sekali untuk dia. Kiranya, abang rock nak buktikan yang bahawa-sanya rambut abang rock ni bukanlah segala-galanya hingga melebihi isteri sendiri. Sebab tu, jika di takdirkan abang rock ni dapat kerja di dalam sektor yang memerlukan abang rock berpakaian rapi dan berambut pendek, abang tak akan teragak untuk potong. 

Sudahlah bercerita bab tu..... ni abang rock nak terang apakah sebenarnya hukum bagi seorang lelaki Islam berambut panjang. 


bersantai bersama tiga hero abang rock
Sebenarnya, berambut panjang ni bukanlah satu kesalahan walau kebanyakan masyarakat kita memandang pelik. Asal rambut panjang je di sangkanya rockers yang hisap rokok, buat benda jahat dan lain-lain. Kenapalah mudah sangat orang buat kesimpulan dan jatuhkan hukum kan? Kalau zaman abang rock muda belia remaja dulu ada yang cakap geng pecah rumah. Subhanallah... tapi untuk apa kita berbahas... dari kita naik hantu baik kita maafkan saja.

Sesungguhnya memanjangkan rambut adalah sunnah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah taala : memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini perlu penjagaan dan perhatian.
Ibnu Qayyim dalam kitabnya (Zadul Maad) berkata: Rasulullah tidak diketahui membotak kepala , kecuali dalam ibadah (haji dan umrah).

Sesungguhnya sudah datang hadis-hadis sahih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam. Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam, apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu.

Yang penting,...... ada 4 (EMPAT) perkara penting perlu di ambil perhatian, iaitu :
1.Ikhlas karena Allah Taala, dan mengikuti petunjuk Rasul, supaya mendapatkan balasan dan pahala.

2.Dalam memanjangkan rambut tersebut, hendaknya tidak menyerupai wanita, sehingga dia melakukan apa yang dilakukan wanita terhadap rambutnya, dari jenis dandanan yang khusus bagi wanita. Macam abang rock ni, berjanggut, bermisai.... macam perempuan apa gitu! Haha...

3. Tidak bermaksud untuk menyerupai ahli kitab ( kristen dan yahudi), atau penyembah berhala, atau orang-orang yang bermaksiat dari kalangan muslimin seperti seniman-seniman dan artis (panyanyi dan pelakon filem), atau orang-orang yang mengikuti langkah mereka, seperti bintang sukan, dalam model potongan rambut mereka serta dandanannya.

4.Membersihkan rambut dan menyisirnya (sikat). Dianjurkan memakai minyak dan wangi-wangian serta membelahnya dari pertengahan kepala. 





No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??