Thursday, 24 May 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Sebagai seorang lelaki, di dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar ni kami memang sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutinpenjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, memang agak sukar untuk membuat pilihan produk mana yang okay. 


Lately Abang Rock sangat tertarik dengan produk mandian yang merangkumi seluruh badan termasuk wajah. Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini adalah produk terbaru khas untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!
Abang Rock pun tak lepas peluang untuk mendapatkan produk ni. Pada mulanya, Abang Rock terkejut juga sebabnya harga yang di tawarkan jauhhhhh lebih rendah daripada apa yang Abang Rock bayangkan. Well, percaya atau tak.. harga untuk botol yang bersaiz 700 ml hanya RM17.90 je. So that means Abang Rock dapat jimatkan wang yang banyak jika nak di bandingkan kena beli mandian dan pencuci muka berasingan. 

Di sebabkan Abang Rock punya anak teruna yang dah di berada di alam remaja so Abang Rock turut share produk ni ngan dia. Alhamdulillah dia suka! Terlajak suka pun sampaikan sebotol terus dia guna untuk diri sendiri... mujurlah ada sebotol lagi untu Abang Rock..... 

Bagi Abang Rock, walau sesibuk mana sekalipun namun amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang macam Abang Rock dan anak ni sangat-sangat mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram macam yang Abang Rock cakap tadi okay dan dont worry memang wangi, memang best. memang berbaloi.

Mengikut label, ianya dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar para lelaki kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate
Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran
serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa
dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin
ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi
dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan
Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool
dan maskulin.

Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan
Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif
dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki
sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman
yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta
disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick
membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan
unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula
dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk
membersihkan wajah serta memberikan tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada
tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu
mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar
lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat
dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan
yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian,
serta memberikan pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Pada pendapat Abang Rock produk ni memang sangat bagus dan buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan yang boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek
bersaiz 700 ml ni sangat sesuai untuk kegunaan semua. Malah boleh juga di beli untuk dijadikan sebagai hadiah pada suami atau anak-anak kerana buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website

Facebook

Instagram



No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??