Saturday, 23 December 2017

Tempat Menarik Di Gold Coast, Brisbane Australia

AUSTRALIA - bila sebut je perkataan Australia perkata pertama yang muncul dalam kepala otak AbangRock adalah beruang Koala. Comey sungguh la beruang kecik ni. Kalau dapat sekor bela sampai ke besar mesti seronok.... eh lupa pulak, satu lagi Kanggaroo. haa ni pun AbangRock teringin juga nak bela. Banyak pula keinginan abang ni kan? Ntah pa pe..


Jarak antara Malaysia dan Austaralia adalah sejauh 4,738 kilometer yakni ia memakan masa selama 6-8jam untuk sampai dengan menaiki kapalterbang.

Matawang yang di gunakan di Australia adalah 'Australian Dollar'. Nilai terkini untuk Australian Dollar dengan duit kita adalah 1 dollar = RM3.15. Jadi kalau nak melancong ke Australia alamatnya kena siap ongkos yang agak lebih sikit la.


Gold Coast merupakan merupakan bandar ke enam terbesar di Australia dan ke dua terbesar di wilayah Queensland selepas ibu negerinya, Brisbane. Gold Coast ada segalanya. Bermula dari pantai yang cantik memanjang, hutan yang menghijau sehinggalah kepada bangunannya yang tinggi mencakar langit. Maka tidak hairanlah jika nama Gold Coast meniti dari mulut ke mulut.

Pemandangan utama yang paling menarik di Gold Coast adalah pada pantainya yang cantik dan bersih. Kat sini korang boleh lakukan pelbagai aktiviti sukan air yang menarik. Salah satu daripadanya adalah Jet Boating. Kalau sekadar nak lepak-lepak pun boleh kerana kemudahan tempat duduk dan barbeku turut di sediakan.


Jika nak lihat haiwan rare yang hanya ada di Australia khususnya seperti Koala dan Kanggaroo, korang harus pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Ada macam-macam haiwan dan AbangRock yakin memang satu family akan teruja habis.


Jika nak lihat haiwan yang lebih extrem seperti buaya, korang kena pergi ke Australia Zoo. Bila sebut Australia Zoo ni AbangRock teringat pada Steve Irwin. AbangRock yakin korang mesti kenal juga siapa Steve Irwin ni. Walau dia sudah meninggal tetapi AbangRock puji tahap kecintaan dan keberanian dia terhadap haiwan liar ni, kalau AbangRock memang tak berani. Jangan kata nak pegang buaya, nak dekat pun AbangRock minta maaf awal-awal.

Ohya, Zoo Australia ni diasaskan oleh ibu dan ayah Steve Irwin sendiri.


Jika mahukan suasana yang lebih tenang, korang boleh jalan-jalan ambil angin di Tamborine Rainforest. Kat sini korang akan dapat lihat keindahan hutan hujan yang menghijau dan menyejukkan mata. Bayangkan dapat mandi mandi dengan air semulajadi yang sejuk, perghh syok.


Sebelum balik ada satu tempat lagi yang perlu di kunjungi.Tempat ni adalah yang paling awesome sekali dan sentiasa mendapat kunjungan daripada seluruh dunia bagi saban tahun. Tempat yang abang maksudkan ini adalah taman tema Australia yang terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Warner Bros Movie World, Dream World, Sea World dan Wet n' Wild.


Kalau ke taman tema ni sehari suntuk pun tak habis teroka alamatnya. Tapi jangan risau kerana restoran halal dan tempat solat yang turut telah di sediakan.

Kalau korang pening dan takut-takut kalau sesat ke apa... AbangRock sarankan korang amik je pakej perlancongan dengan agent perlancongan yang boleh di percayai. Salah satu daripadanya pakej perth 2018 ni. 

Bagi Abang Rock pakej perlancongan ni memang banyak membantu sebabnya mereka dapat bantu rancangkan perjalanan  dari hari pertama hingga akhir terakhir. Lepas tu harga melalui pakej sebegini sebenarnya jauh lebih murah daripada harga melancong secara sendiri. Korang bayar harga pakej pastu follow je semuanya, dah tak yah risaukan apa-apa lagi baik dari tempat nak melawat, tempat tidur, tempat makan dan lain-lain lagi.

Pendek kata, dah tak perlu pening kepala dan buang masa untuk buat research bagai sebab semuanya dah diuruskan 100%. Apa yang korang kena buat hanyalah bawa sejumlah duit untuk shopping. Mereka juga ada buat visa australia online murah bagi yang masih belum arif cara-cara untuk memohon visa untuk ke Australia.

Haaa... apa tunggu lagi? JOM MAKAN ANGIN!! =D

No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??