Sunday, 24 December 2017

TANGKI AIR LAMA BERUBAH MENJADI RUMAH MEWAH

Tangki Air Lama Menjelma Sebagai Rumah | Memang tak susah nak di bayangkan kerana manusia zaman sekarang ni cukup bijak dan boleh menukar sesuatu yang agak mustahil kepada satu benda yang boleh di terima dek akal. Jadi abangrock tak hairan bila terbaca tentang ni.

Cuma, apa yang abangrock nak kongsikan di sini adalah pada dekorasi yang ada di dalamnya. Korang bayangkan, sebuah tangki air lama yang dah berusia beratus-ratus tahun, sebuah bangunan yang sememangnya sudah agak lama, dapat di tukar menjadi sebuah rumah idaman yang sangat wow!! Mabeles!! Superb!!

Inilah bangunan tangki air yang abangrock maksudkan. Bangunan ini terletak di Belgian dan ketinggiannya adalah setinggi 30 meter. Pemiliknya sekarang bernama Patrick Mets yang telah membelinya dengan harga 30,000 euros. Bangunan ini pada mulanya di beli tanpa ada sebarang permit untuk membuat pengubahsuaian. Maka Patrick terpaksa memohon permit terlebih dahulu dan untuk usahanya untuk mendapatkan permit itu saja telah memakan masa selama 7tahun.

Setelah mendapat permit barulah Patrick boleh membuat pengubahsuaian di bahagian dalam tanpa merosakkan struktur asal bangunan yang di anggap bersejarah dan masa untuk beliau ubahsuai sehingga menjadi sebuah kediaman adalah selama 5 tahun. Ini bermakna masa yang telah di habiskan oleh Patrick untuk melaksanakan misinya ini adalah selama 12 tahun secara keseluruhannya.

Selepas 12tahun berhempas pulas. Akhirnya, Patrick telah berjaya merealisasikan impiannya dengan bantuan seorang pereka yang bernama Mauro Brigham.

 Ruang tamu untuk melayan para tetamu yang sangat luas dan selesa.

Ruangan dapur yang lengkap dengan segala peralatan memasak moden.

Bilik mandi yang di reka khas berserta dengan curahan air dari pancuran mandi yang tinggi.
 Ini pula rumah kecil tersembunyi di dalam dinding untuk si kucing peliharaan.

Siapa sangka, bangunan yang hanya nampak 'tua' pada luarannya mempunyai ciri-ciri dalaman yang sangat unik dan moden. Jika sebelum ini di beli dengan harga 30,000 euros sekarang selepas di makeover entah berapa lah harganya sekarang agaknya. 


2 comments:

  1. Mmg cantik rumah tangki ini. Nampak mahal dan ekslusif. Kreatif la mereka semua ini. :)

    ReplyDelete
  2. Memang cantik design penjelmaan baru nie..

    ReplyDelete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??