Saturday, 23 December 2017

Resepi - KOREAN DUMPLING CARA MUDAH



** BAHAN UNTUK KULIT
300 gram tepung gandum
300 gram tepung ibu kayu
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
Air panas secukupnya

CARA MEMBUAT KULIT DUMPLING
Satukan ke semua bahan di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan adun sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan. Bolehlah di bentuk mengikut size yang di sukai.


** BAHAN UNTUK INTI
500 gram isi dada ayam (di cincang kecil )
200 gram kentang (potong dadu)
200 gram carrot (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
5 ulas bawang putih (hiris nipis)
2cm halia (hiris nipis)
2 sudu makan kicap cair
3 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu teh Lada hitam (tumbuk halus)
Gula pasir secukup rasa
Sedikit Daun bawang (hiris halus)

CARA MEMBUAT INTI DUMPLING
1- Panaskan minyak dengan api yang perlahan kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga layu dan naik bau.

2- Masukkan kentang, carrot dan isi ayam. Gaul sebati.

3- Seterusnya masukkan satu cawan air, kicap cair, sos tiram, lada hitam, tomato, garam dan gula.

4- Biarkan inti masak sepenuhnya sehingga air tersebut kering. Setelah air kering, masukkan daun bawang dan tutupkan api.

5- Nipiskan kulit, masukkan inti dan lekatkan kulit dumpling dengan air. Buat sehingga habis.

6- Panaskan periuk pengukus dan bolehlah di kukus dumpling tadi dengan api sederhana selama 10-15 minit.


credits : Cookpad

1 comment:

  1. sedapppp

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??