Saturday, 23 December 2017

Remaja Islam Berkabung Kerana Artis Korea

AbangRock peminat genre rock! Dan antara artis dari dalam dunia rockers yang telah meninggal adalah Kurt Cobain. Kurt Cobain meninggal dengan cara bunuh diri pada tahun 1994.

Samalah juga dengan kematian artis Korea yang bernama Jong-hyun ni. Beliau memilih untuk membunuh diri beberapa hari yang lalu.


Tapi.... haaa ada tapinya di sini... TAPI!! AbangRock takde la pula sampai tahap bersedih hati tahap kuciwa dan terkilan. 

Sebagai peminat, seharusnya kita minat pada tahap yang sepatutnya. Jika minat lagu buat cara minat pada lagu tapi AbangRock tengok adik-adik sekarang ni lebih extreme dengan 'orangnya' melebihi daripada lagunya. Sebab tu apabila dah meninggal maunya tak bersedih. Walaubagaimanapun, sebagai seorang umat Islam suka untuk AbangRock ingatkan yang kita kena berpegang pada landasan yang betul. Jangan kerana minat pada seseorang penyanyi hingga kita terlupa untuk ingat semula batasan kita sebagai muslim. 


AbangRock lebih sedih dan terkilan apabila melihat anak-anak gadis dari keluarga muslim ikut serta dalam upacara berkabung sebegini. Tak usahlah ikut campur dalam upacara berkabung sebegini dik oi...

Tak manis pada pandangan mata orang lain yang melihat dan tak elok juga untuk orang-orang yang beragama Islam seperti kita.  Jika nak bersedih sekalipun cukuplah sekadar nangis di dalam bilik tidur sendiri.

No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??