Sunday, 24 December 2017

LEMBU LUAR NEGARA DI BERI LAYANAN 5 STAR !!

Bila pergi ke Pahang, jangan cuba-cuba ambil ikan Patin sebagai menu makanan di restoran jika $$$ dalam poket tidak setebal mana. Bila pergi ke oversea pula jangan cuba-cuba ambil daging lembu sebagai menu jika tak nak sebarang budget lari.


Ini kerana daging lembu di negara luar seperti Australia, Korea dan lain-lain tidak sama dengan daging lembu yang banyak terjual di negara kita ni. Abangrock bukan bercakap soal halal ya tapi abangrock sekarang bercerita soal harga!

KENAPA DAGING LEMBU DI SANA MAHAL?
Jawapannya adalah kerana lembu-lembu di sana di ternak dengan cara yang jauh berbeza dengan cara peternak lembu Malaysia. Daging lembu yang mahal ini di kenali sebagai daging lembu Kobe dan juga daging lembu Wagyu.


DAGING LEMBU KOBE
  • lembu hanya di beri makan rumput terpilih sebagai santapan
  • juga di beri minum sake iaitu sejenis arak jepun yang di perbuat daripada beras
  • badan lembu ini akan di urut untuk memastikan dagingnya lembut dan pejal
  • lembu juga di rehatkan selama 10jam sehari dengan muzik sentimental
  • lepas berak, punggung lembu akan di bersihkan untuk memastikan kebersihannya


  



DAGING LEMBU WAGYU
  • Banyak terdapat di Australia
  • Meragut rumput hanya daripada padang yang asli
  • Lembu juga di beri makan bijian yang terpilih saja dan bermutu 
  • Bijian itu terdiri daripada gandum, jagung dan barli
  • Lembu turut di urut 
  • Di simpan dalam kandang makanan selama 300-600 hari untuk menghasilkan 'marbling'
  • 'Marbling' adalah kesan bintik-bintik lemak putih halus yang bertenun di seluruh tekstur daging
  • Semakin banyak 'marbling' bermakna semakin tinggi gred daging tersebut
  • 'Marbling' menghasilkan pengalaman makan daging seperti mentega yang cair di dalam mulut

Ish ish ish... dah macam salji abangrock tengok rupa daging dengan kesan marbling ni. Patutlah siapa yang makan dapat rasa seolah-olah mentega cair di dalam mulut. Jauh betul bezanya dengan daging lembu tempatan yang merah je colournya.


Daging ini sering di masak sebagai steak terutama di hotel-hotel dan restoran yang bertaraf  5star dan ke atas. Nampak sangat menyelerakan.. tapi awas!! 

Harganya boleh mencecah dari ratusan sehingga ribuan ringgit hanya untuk sepinggan. Pengsan!!

6 comments:

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat bagus. No wonder daging oversea mahal. Huhu. GV follow blog Mr Abgrocker ya. GV #13. :)

    ReplyDelete
  3. owhhh baru tahu kenapa lembu dia orang ni mahal sangat.. aida study dekat australia and memang daging lembu diaa mahal yang teramat!! dah lah student tak de lah banyak sangat duit..boleh cakap berbulan2 jugak tak makan daging lembu.. �� so aida just makan ayamm je everyday!

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??