ABANG ROCKERS

Monday, 6 May 2019

 Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com
May 06, 2019 3 Comments
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.


Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Reading Time:

Wednesday, 1 May 2019

Dilahirkan OKU Bukan Alasan Untuk Tidak Berjaya Dalam Hidup!
May 01, 2019 5 Comments
Salam semua!! Mesti semua happy dapat cuti sempena Hari Pekerja kan? Anyway Happy Labour Day to all! Ohya, menyentuh isu pekerja korang mesti ada rasa bangga dengan mana-mana rakan sejawatan mahupun bukan sejawatan yang boleh berjaya from zero to hero. Almaklumlah, ramai juga yang boleh berjaya bermula dari kesusahan. 

Dan salah seorang yang aku perasan dapat berjaya dengan penuh usaha adalah saudara Khairul Nizam dari JAMU MALL. Aku perasan pun lepas lihat video kat FB! Siapa dia Khairul Nizam ni? Haa specialll dia ni sebabnya dia adalah usahawan OKU yang berjaya ! Iya, beliau OKU - Orang Kurang Upaya uollls! Tapi boleh buat bisnes besar-besar, ada staff, ada office sendiri! Kalah aku yang normal ni haa...  


Untuk kenal beliau dengan lebih mendalam, kalian boleh tonton sendiri video luahan hati beliau di FB. Daku sendiri dah lihat dan hati ni memang terasa sangat terkesan dengan apa yang beliau sampaikan. Dengarkanlah sendiri apa yang saudara Khairul Nizam cuba sampaikan.


Antara bibit kata yang diucapkan di dalam video tersebut adalah.........

Di usia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bile ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , tak nak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! 

Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..



Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 



Dah tahu sekarang ni siapa Khairul Nizam kan? Amacam? Apa rasanya? Ada terkesan kat hati tak? Yang penting kita kena tahu yang usaha itu tangga kejayaan. Kerja tu buat elok elok dan jangan terlalu negetif. Jom follow Khairul Nizam



Reading Time:

Saturday, 23 March 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Kembali Lagi - RM5,000 Cash Menanti
March 23, 20190 Comments
Tarikh 16 Mei bakal menjelma. Waktu masih di bangku sekolah dulu, tarikh inilah antara yang sering di tunggu-tunggu kerana dapat melihat persembahan rakan-rakan seangkatan. Sejak menjadi bapa ni, nampaknya persembahan anak murid sekarang bertambah hebat dengan melakukan gimik dan sebagainya.
Tiap tahu, asal tiba saja Hari Guru anak-anak aku akan sibuk ajak ke bandar nak beli hadiah untuk guru. Waktu itu juga pasaraya dan kedai cenderama turut mula mempersembahan barangan yang sebelum ini sememangnya tidak ada khas untuk hari istimewa tersebut. Tapi terus terang aku tak perasan pula yang selama ini sudah ada contest yang agak besar khas untuk hari tersebut. Contest yang aku maksudkan ini adalah Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Apa yang menariknya, contest Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Bayangkan para pemenang yang berjaya boleh membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan penganugerahan Guru Inspirasi itu akan dilakukan di sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru kekal. Inilah sebahagian daripada wajah penuh gembira para guru yang telah berjaya. 




Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak.

Program Menarik Untuk Guru Yang Elok Untuk Dikekalkan
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.  

Cara Untuk Menyertainya

1. Terus ke wesbsite utama dengan klik link ini >> https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate


2. Masukkan detail peribadi berkaitan diri anda di Bahagian 1




3. Masukkan detail berkaitan diri guru yang ingin anda calonkan di bahagian 2



4. Masukkan link dari video youtube yang ada kena mengena dengan guru yang ingin dicalokan JIKA ADA. Bahagian 3 ini TIDAK WAJIB. Klik setuju unttk dua kotak kecil yang disediakan kemudian terus tekan HANTAR.


Sesiapa Saja Boleh Membuat Percalonan

Anda seorang isteri/suami kepada guru? Anda anak kepada seorang guru? Atau mungkin juga anda punya jiran dan kenalan yang juga seoran guru. Tidak kisahlah asalkan kerjaya orang yang anda kenali itu sememangnya adalah seoran guru. Jika ada, anda boleh buat percalonan sebagai guru yang terbaik untuk sama-sama mendapat hadiah yang lumayan bersama kenangan yang sama sekali tidak berjaya untuk dilupakan.


Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

Reading Time: